In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
First, saya kena kenal diri saya dulu. atau lebih tepat, kena sedar diri ini siapa. siapa saya untuk jadi yang paling sempurna?? siapa saya untuk tiada kelemahan?? siapa saya untuk tidak diuji? siapa saya untuk sentiasa gembira?? siapa saya untuk mendapat Sahabat yang Sempurna?? siapa saya untuk semua orang fahami saya?? enough enough la persoalan tuh. klau ikutkan mmg smpai ke bawah ni je utk semua persoalan tu. semua jawapan tu ada elok, kemas tersemat dalam hati saya yang kecil ini. cukuplah sekadar saya seorang yang tahu. tak terlupa yang di Atas sana tu. Dia lebih mengetahui apa yang saya tidak tahu.
Habis tu, nak kena delete ke x, post-post yang pasal ke'down'an saya tuh ?
tak perlu kot. sbb tu semua memang betul-betul berlaku. tak guna nak delete, sebab ianya memang takkan bole padam dari hidup saya. biarlah semua tu menjadi satu pendorong untuk saya sedarkan diri ini, untuk saya lebih kuat dan mungkin untuk bahan senyuman saya apabila membacanya semula ketika usia sudah bertambah.*
Second, saya nak mintak maaf dari lubuk hati yang sememangnya dalam ini kepada sesiapa sahaja yang pernah terguris atau terasa dengan setiap kata-kata, tulisan atau reaksi muka dan apa-apa yang kalian rasa tidak menyenangkan. mintak maaf sangat. walaupun kadang-kadang saya rasa berat untuk memaafkan seseorang, kini barulah saya tahu apa harapan orang yang memohon maaf tuh. Again, I'm sorry.
Third, masa untuk saya lakukan satu TRANSFORMASI yang In Sha Allah lebih sedap dan enak bunyinya jika ditukar dengan HIJRAH. tak begitu? oke. dari malas kepada rajin. dari rapuh kepada teguh. dari lemah kepada kuat, malah lebih kuat. dari cengeng kepada selamba. dari pentingkan diri kepada memahami. dari merajuk kepada mendengar. dari suka buat org sedih kepada suka buat orang gembira. dari suka menunjuk masalah, ke'busy'an dan tekanan kepada lebih menyimpan dan berahsia. dari selalu gelakkuatkuat kepada senyum. dari hanya mengharapkan sokongan kepada memberi peluang dan sokongan. dari mudah cemburu kepada mudah berlapang dada. see, byk x? mungkin xtermampu atau xterbuat semua tuh. at least saya dah tahu apa aim saya. saya akan cuba ke arah itu meskipun kaki terpaksa melangka sorang sorang, meskipun airmata tidak berhenti mengalir, meskipun saya hampir atau telah terjatuh.
Fourth, harapan saya agar orang di luar sana mudah untuk menerima saya biarpun saya tidak sempurna, biarpun saya bersalah, biarpun saya menjengkelkan, biarpun saya lemah, biarpun saya tidak cantik**, biarpun saya tidak arif dalam bersahabat, biarpun saya kadangkadang atau selalu menyusahkan. Tidak menyokong pun tidak mengapa, tidak sudi mendengar pun todak mengapa, tidak mahu menjadi tempat untuk saya menangis pun tidak mengapa, hanya yang saya minta, terima saya, seadanya.
Fifth, terima kasih buat yg menyokong, buat yang sudi mendengar, buat yang sudi membaca, buat yang ada bila saya memerlukan, buat yang sudi meminjamkan telinga. walaupun ada yg dr kalangan baru berkenalan, yang tidak pernah berjumpa,yang lebih muda atau tua, yang dah lama tidak berjumpa, atau mungkin yang telah lama mengenali budak nakal ini. Terima kasih Amalia Nabila, Afifah Daim, Hidayah Fadzil ,kawan lama dan semuanya. tak sangka kadang kadang ukhuwah yang masih muda atau mentah itu lebih mahal dan berharga dari yang telah bertahun, berbulan dibina. terharu** walaupun kalian ada yg baru sekali dua dan ada yang tidak pernah berjumpa, kita tetap support sesama sendiri. sungguh, saya mengharapkan semua tu di sini. <3
kawan yang saya jumpa sekali sahaja <3 |
No comments:
Post a Comment