Ya Allah, tiada sesiapa yang dapat mmberi kebahagiaan selain Engkau dan tiada sesiapa yang dapat menghilangkan kesedihan melainkan Engkau.. Sesungguhnya wanita ialah perhiasan dunia. Dan secantik-cantik perhiasan ialah WANITA SOLEHAH. Semulia-mulia kamu disisi Allah ialah mereka yang BERTAQWA.. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar.. Kasih Sayang Allah mendahului kemurkaannya.. senyum itu sedekah. mungkin apa yg kita anggap buruk itu, adalah baik bagi kita. dan mungkin ap yg kita anggap baik itu, adalah buruk bagi kita.

hope to be like this ,

forewords

Bercerita tak semestinya suka dan duka. Pengalaman tak semestinya manis dan pahit. Saling berkongsi tiada salahnya apatah lagi untuk menasihati..





Tuesday, January 24, 2012

Muhasabah

Dijentik Halus,

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam keadaan berlumuran
darah. Melihat keadaanya demikian, Rasulullah bertanyakan puncanya. Rupanya
disebabkan terlalu asyik memandang seorang wanita lalu di hadapan, dia
terlanggar tembok di depannya. Akibatnya, itulah dia pulang dalam keadaan
berlumuran darah.
     Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, maksudnya : "Jika Allah menghendaki
kebaikan pada hambanya, maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia."
     Rupa-rupanya jika Allah sayangkan hambanya, disegerakan baginya hukuman
di dunia lagi. Bersyukurlah andai sekali-sekala azab Allah disegerakan. Bukan
semata-mata menghukum sebaliknya sekadar menyucikan dosanya dan
hukuman berupa peringatan itu sekadar menjentik secara halus.
     Bersyukurlah andai dalam mengingatkan insan-insan lain melalui apa-apa
medium dakwah, kita juga diingatkan Allah. Itu tanda Allah sayangkan kita, sayang
nak biarkan kita alpa dan lupa terhadap-Nya.
     Pejam mata seketika, rasailah kasih sayang Allah yang tidak bertepi. Senyumlah.
Kemudian kerahlah hati, lisan, dan seluruh anggota badanmu agar membalas
kasih sayang-Nya dengan ketaatan.


*credit to SOLUSI isu 40 (;

No comments: